Minyak pati atau lebih dikenali
sebagai Essential Oil ini adalah ekstrak daripada buah-buahan, pokok, akar,
daun dan tumbuhan yang telah melalui beberapa proses bagi mendapatkan minyaknya.
Sekiranya manusia mempunyai darah yang mengalir di dalam badan manakala pokok pula
mempunyai essential oil yang dapat memberikan tenaga untuk meneruskan hidup.
Essential Oil ini ada beberapa kategori yang dapat kita klasifikasikan kepada empat
kategori seperti:
Gred
A – Kategori ini
adalah hasil minyak yang asli serta organic datang dari pokok-pokok tersebut
dan kategori ini jauh sekali lebih mahal berbanding dengan yang lain.
Gred
B – Kategori ini
adalah hasil minyak dari pokok-pokok yang mana menggunakan racun perosak dan baja.
Gred
C – Kategori ini
adalah minyak yang mengandungi bahan tiruan tambahan bagi mendapatkan kuantiti
minyak yang lebih banyak dan bahan pelarut yang terkandung di dalamnya adalah
snagat bahaya dan kebanyakkannya adalah campuran dari alcohol.
Gred
D – Kategori ini
adalah minyak adalah hampas dari gred A dan telah diguna semula dan dicampur
dengan 95% air. Ianya seumpama seperti pati jus buah-buahan yang telah dicampur
air berbanding dengan jus buah yang telah dikisar tanpa membuat sebarang
penambahan air.
BAGAIMANA
ESSENTIAL OIL INI DIEKSTRAK?
Essential ini dapat diekstrak dengan
menggunakan kaedah seperti penyulingan melalui pengewapan (steam distillation),
expression, absolute extraction atau dikenali sebagai pengekstrakan mutlak yang
mana ia sesuai digunakan bagi bunga jasmin dan terus menerus tanpa perlu
diekstrak dengan air atau wap. Seterusnya ialah kaedah karbon dioksida (CO2)
iaitu kaedah terbaru dengan menggunakan gas dan dikekstrak menjadi cecair.
Kaedah-kaedah ini diproses dan diekstrak mengikut kesesuaian dari jenis bunga,
daun, pokok, akar, daun dan juga tumbuhan tersebut. Tetapi kebanyakannya menggunakan
kaedah penyulingan melalui pengewapan.
BAGAIMANA
UNTUK MENGETAHUI ESSENTIAL YANG ASLI DAN TIRUAN?
Anda perlu berhati-hati dengan setiap
oil yang dijual di pasaran jangan mudah tertipu kerana essential oil yang asli
dan tiruan banyak terdapat di pasaran dank orang boleh membezakan yang mana
asli dan tiruan. Pernahkah anda terjumpa di pasaraya yang mana kedai barangan
yang menjual barang lima ringgit dan memanggil-manggil anda dengan mengatakan
minyak pati alsi yang berada di barisan hadapan rak kedai. Itu adalah minyak
pati yang tidak original dan telah ditambah dengan bahan yang sangat tidak
bagus untuk penggunaan seharian kita. Jadi selidik dahulu dan baca kandungan
yang terkandung di botol adakah ia mengandungi bahan yang terlarang dan
pastikan essential oil itu datang dari mana dan lading mana yang diambil bagi
memastikan kualiti essential oil yang kita guna itu adalah selamat.