Minyak Pati ( Essential Oil)

by - August 17, 2018


Minyak pati atau lebih dikenali sebagai Essential Oil ini adalah ekstrak daripada buah-buahan, pokok, akar, daun dan tumbuhan yang telah melalui beberapa proses bagi mendapatkan minyaknya. Sekiranya manusia mempunyai darah yang mengalir di dalam badan manakala pokok pula mempunyai essential oil yang dapat memberikan tenaga untuk meneruskan hidup. Essential Oil ini ada beberapa kategori yang dapat kita klasifikasikan kepada empat kategori seperti:

Gred A – Kategori ini adalah hasil minyak yang asli serta organic datang dari pokok-pokok tersebut dan kategori ini jauh sekali lebih mahal berbanding dengan yang lain.
Gred B – Kategori ini adalah hasil minyak dari pokok-pokok yang mana menggunakan racun perosak dan baja.
Gred C – Kategori ini adalah minyak yang mengandungi bahan tiruan tambahan bagi mendapatkan kuantiti minyak yang lebih banyak dan bahan pelarut yang terkandung di dalamnya adalah snagat bahaya dan kebanyakkannya adalah campuran dari alcohol.
Gred D – Kategori ini adalah minyak adalah hampas dari gred A dan telah diguna semula dan dicampur dengan 95% air. Ianya seumpama seperti pati jus buah-buahan yang telah dicampur air berbanding dengan jus buah yang telah dikisar tanpa membuat sebarang penambahan air.

BAGAIMANA ESSENTIAL OIL INI DIEKSTRAK?


Essential ini dapat diekstrak dengan menggunakan kaedah seperti penyulingan melalui pengewapan (steam distillation), expression, absolute extraction atau dikenali sebagai pengekstrakan mutlak yang mana ia sesuai digunakan bagi bunga jasmin dan terus menerus tanpa perlu diekstrak dengan air atau wap. Seterusnya ialah kaedah karbon dioksida (CO2) iaitu kaedah terbaru dengan menggunakan gas dan dikekstrak menjadi cecair. Kaedah-kaedah ini diproses dan diekstrak mengikut kesesuaian dari jenis bunga, daun, pokok, akar, daun dan juga tumbuhan tersebut. Tetapi kebanyakannya menggunakan kaedah penyulingan melalui pengewapan.

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI ESSENTIAL YANG ASLI DAN TIRUAN?

Anda perlu berhati-hati dengan setiap oil yang dijual di pasaran jangan mudah tertipu kerana essential oil yang asli dan tiruan banyak terdapat di pasaran dank orang boleh membezakan yang mana asli dan tiruan. Pernahkah anda terjumpa di pasaraya yang mana kedai barangan yang menjual barang lima ringgit dan memanggil-manggil anda dengan mengatakan minyak pati alsi yang berada di barisan hadapan rak kedai. Itu adalah minyak pati yang tidak original dan telah ditambah dengan bahan yang sangat tidak bagus untuk penggunaan seharian kita. Jadi selidik dahulu dan baca kandungan yang terkandung di botol adakah ia mengandungi bahan yang terlarang dan pastikan essential oil itu datang dari mana dan lading mana yang diambil bagi memastikan kualiti essential oil yang kita guna itu adalah selamat.



You May Also Like

0 Comments